Bagaimana cara setting domain ke blogspot?

Bahagian 1 : Setting Pada DNS Nama Domain Anda di Sempoihosting.

1. Login ke client area / client area di
http://www.sempoihosting.com/members/clientarea.php 

2. Kemudian, klik pada link "My Domains" yang ada dibahagian nevigation bar di sebelah kanan.

3. Selepas itu, klik pada icon details yang terdapat di sebelah nama domain yang anda mahu setkan pada blogspot.


4. Selepas itu, scroll ke bahagian bawah, anda akan dapat lihat beberapa butang "option". Klik pada butang DNS Managemnet.

5. Disini, masukkan konfigurasi seperti berikut.

@ - CNAME - ghs.google.com
www - CNAME - ghs.google.com
sdpjgfn7vz43 - CNAME - gv-xxxxxxxxxxxxxxx.google.com (Kod khas ini boleh diperolehi dari akaun blogspot anda, setiap blog akan mempunyai kod yang berbeza)

 
 
6. Untuk mendapatkan kod khas tersebut, anda perlu buka satu tab lagi di browser anda dan login ke akaun blogspot anda..



Bahagian 2 : Mendapatkan KOD KHAS & Cara Setting Pada Dashboard Akaun Blogspot Anda

1. Login ke akaun blogspot anda.

2. Di bahagian Dashboard blogspot anda, klik pada ikon "arrow" kecil yang terdapat pada blog anda. Kemudian pilih setting.


3. Lihat pada bahagian "Publishing".  Klik pada "Add  a custom domain" .

4. Kemudian, masukkan url anda dan klik save.
 
 

 


5. Kemudian, anda akan mendapat error seperti dibawah.




6. Dibawah error tersebut juga akan diberikan kad khas bagi CNAME setting untuk blog anda.

 

7. Copy & paste kod tersebut di DNS Management di client area sempoihosting tadi..
Kemudian, tekan butang "Save Changes"





8. Kembali semula ke tab blogspot anda.  Kemudian, masukkan nama domain yang anda telah beli dan set tadi.

9. Tekan butang "Save".

10. Siap! Kini anda cuma perlu tunggu 24 jam untuk setting tersebut propogate dan betul-betul berfungsi.
Selepas itu, blog anda sudah boleh diakses menggunakan nama domain dot com yang anda beli.

Contohnya, seperti blog ini....

Selain anda boleh mengaksesnya menggunakan URL http://sempoihosting.blogspot.com , anda juga boleh mengaksesnya menggunakan nama domain yang lebih ringkas, iaitu.. www.sempoihosting.info

Sekian!

Jika blog anda masih menggunakan URL blogspot yang panjang, sudah tiba masanya untuk anda menukarkannya kepada nama domain dot com yang lebih mudah, pendek dan menarik.

Lawati www.sempoihosting.com untuk mendapatkan nama domain pilihan anda.
Harga sebuah nama domain, hanya RM38 sahaja setahun!
  • 7 Users Found This Useful
Was this answer helpful?

Powered by WHMCompleteSolution